ARKIB :
31/12/2010
KETUA pasukan
Malaysia, Safiq Rahim (memegang trofi) bersama rakan sepasukan dengan Piala
Suzuki AFF yang mereka menangi ketika skuad negara disambut dengan penuh meriah
oleh ribuan penyokong, sejurus mereka tiba di KLIA, Sepang dari Jakarta,
semalam. - Utusan/ASWAD YAHYA
JAKARTA -
''Saya memang sudah jangka Firman Utina akan melakukan sepakan di sebelah kiri.
Ini kerana jurulatih, K. Rajagobal awal-awal lagi telah memberitahu saya bahawa
dia (Firman) gemar melakukan sepakan di arah itu".
Itu pendedahan
penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan penalti Firman
pada minit ke-19 final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.
Khairul, yang
dikenali sebagai Apek, mengakui dia cukup tenang ketika pemain lawan melakukan
penalti, kerana berpegang kepada nasihat Rajagobal.
''Jurulatih telah
mengkaji sepakan penalti yang dilakukan oleh Firman dan pemain Indonesia yang
lain, ia jelas membantu saya.
''Saya
bersyukur kerana agakan saya tepat, sekali gus membantutkan hasrat Indonesia
untuk meraih gol awal kerana saya sedar jika mereka berjaya, situasi mungkin
berubah dan memberikan mereka lebih semangat untuk bangkit," jelasnya
ketika di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, sebelum berangkat pulang ke tanah
air, semalam.
Mengenai
pancaran laser, Khairul tidak tergugat dengan gangguan psikologi oleh penyokong
Indonesia.
''Memang ia
sedikit mengganggu penglihatan tetapi mental dan fokus saya tetap kepada perlawanan,
walau apa pun yang mereka cuba lakukan.
''Saya sama
sekali tidak terfikir akan membuat tindakan untuk meminta perlawanan
dihentikan, seperti yang pernah dilakukan oleh penjaga gol Indonesia, Markus
Harison,'' katanya. - Utusan
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5dFXuhhjD
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan