Oleh YATIMIN
ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Kecemerlangan
pada Piala Suzuki AFF bulan lalu pastinya mahu diteruskan oleh Khairul Fahmi
Che Mat, apabila pasukannya Kelantan menentang Selangor pada Perlawanan
Sumbangsih, hari ini.
KOTA BHARU -
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjanjikan aksi terbaik jika
diberi tugas mengawal benteng terakhir pasukannya menentang Selangor pada
Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, hari ini.
Turun dengan
misi membantu Kelantan merangkul kejuaraan pertama Piala Sultan Ahmad Shah,
selain memungut tiga mata pada aksi sulung Liga Super musim ini, Khairul Fahmi
berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut.
Menurutnya,
walaupun Kelantan dilanda beberapa masalah, ia tidak menjejas tumpuannya
menjelang perlawanan itu.
"Segala
persiapan berjalan lancar. Untuk perlawanan esok saya akan memberikan tumpuan
sepenuhnya untuk membantu Kelantan memenangi perlawanan tersebut.
"Walaupun
turun tanpa jurulatih B. Sathianathan yang digantung, kehadiran jurulatih baru
Datuk M. Karathu memberi semangat buat seluruh pasukan," katanya ketika
dihubungi sini, semalam.
Fahmi,
kelahiran Kampung Cherang, membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF bulan
lalu.
Mengulas
pertembungan Kelantan-Selangor, Khairul Fahmi menjangkakan perlawanan sengit.
"Selangor
sebuah pasukan yang kuat, mereka ada ramai pemain yang hebat dan berpengalaman.
Namun saya dan rakan-rakan tidak akan memberikan laluan mudah buat Selangor.
"Kami
akan berjuang bermati-matian seterusnya membawa pulang kejuaraan ke Kelantan,
selain mendapatkan tiga mata," ujarnya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5dRIwbjy1
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan