ARKIB :
05/01/2011
Oleh YATIMIN
ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah
Mahmood ketika di hubungi Utusan Malaysia memaklumkan, perkara tersebut masih
lagi dalam perbincangan.
"Kita
akan berjumpa dengan keluarga Khairul Fahmi untuk membuat perbincangan lanjut
mengenai perkara ini.
"Saya
enggan mengulas lanjut dan kita akan membuat pengumuman tersebut sebaik sahaja
semuanya selesai," katanya di sini, semalam.
Utusan
Malaysia melaporkan Khairul Fahmi menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri
mengumumkan pemberian hadiah sebuah rumah di atas kecemerlangan beliau membantu
Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010, mengalahkan Indonesia dalam
perlawanan akhir timbal balas, minggu lalu.
Pemberian
hadiah itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bangga
di atas kecemerlangan Khairul Fahmi pada kejohanan tersebut.
Menurut Nik
Abdul Aziz, sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui
bola sepak, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5dKib6JsW
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan