Oleh Hasbullah Ibrahim bhsukan@bh.com.my
KHAIRUL Fahmi Che Mat dan Mohd
Badhri Radzi.
KOTA BHARU: Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) menafikan penghijrahan beberapa tonggak ke pasukan lain
menjelang saingan Liga Super musim depan. Senarai beberapa tonggak yang
dikatakan berhijrah ialah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat; Mohd Badhri Radzi;
Daudsu Jamaludin dan Nor Farhan Muhammad ke Melaka United; Wan Zack Haikal; Muslim
Ahmad serta Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ke Pahang.
Berita perpindahan pemain
Kelantan itu diviralkan dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu. Setiausaha
Agung KAFA, Datuk Ismail Md Nor berkata, berita penghijrahan itu tidak berasas
malah pemain terbabit sudah diberikan tawaran kontrak baharu selepas berakhir
saingan Liga Super musim ini.
"Semua pemain diberi
peluang meneliti kandungan kontrak sebelum menyatakan persetujuan untuk
menandatangani kontrak berkenaan mengikut tempoh tertentu yang dipersetujui.
"Khidmat penjaga gol Khairul Fahmi dan pertahanan, Nik Shahrul Azim Abdul
Halim juga masih ada sehingga tahun 2017.
"Kontrak pemain tengah
naturalisasi, Brendan Gan pula masih diteliti kerana pemain berkenaan baharu
sahaja menjalani rawatan pembedahan di Australia selepas mengalami kecederaan
sewaktu mewakili Malaysia dalam aksi persahabatan di Indonesia," katanya
ketika dihubungi BH di sini , hari ini. Akhbar sebelum ini melaporkan hasrat
Nor Farhan, Zairul Fitree Ishak dan Daudsu Jamaludin untuk terus kekal bersama
Kelantan jika mendapat tawaran yang memuaskan, nyata melegakan penyokong setia.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/210181
Tiada ulasan:
Catat Ulasan