ARKIB :
14/12/2010
Oleh ZAZALI
JAMIAN
sukan@utusan.com.my
Penjaga gol
pasukan kebangsaan , Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan gigih dalam
persiapan menghaapi Vietnam di padang FAM, Kelana Jaya, semalam. -
UTUSAN/RASHID MAHFOF
KUALA LUMPUR -
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menagih sokongan dan bantuan
penuh daripada rakan-rakan di benteng pertahanan untuk menangani asakan Vietnam
yang dijangka menyerang dari semua sudut apabila kedua-dua pasukan bertemu pada
separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
Tegas Khairul
Fahmi, kapten Vietnam, Nguyen Minh Phuong pemain yang perlu diberi tumpuan
kerana amat berbahaya dan bijak mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan,
selain berupaya menaikan semangat pemain.
Malah, Khairul
Fahmi juga yakin serangan akan datang bertali arus di bahagian kiri, kanan dan
tengah. Justeru, pemain Kelantan itu menagih bantuan daripada pertahanan untuk
mengekang asakan lawan.
Katanya,
pergerakan penyerang pasukan Vietnam amat laju, malah dia sendiri bersedia
untuk menghadapi serangan yang mahu menguji kemampuannya itu.
''Saya tahu
mereka mempunyai kelebihan daripada aspek kelajuan pemain tetapi itu bukan
penghalang buat saya dan rakan-rakan untuk gentar.
''Kami yakin
dengan kemampuan kami dan saya juga amat yakin dengan pemain pertahanan kita
yang amat berani,'' katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.
Esok Malaysia
bakal berhadapan skuad senior Vietnam yang turun selaki penyandang juara.
Khairul Fahmi
berkata, selain serang Vietnam, keupayaan pemain tengah mereka juga perlu
diberi perhatian serius.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz44UBUrNl8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan