ARKIB :
04/01/2011
Oleh YATIMIN
ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Nik Abdul Aziz
menyampaikan cenderamata kepada Khairul Fahmi di atas kejayaan penjaga gol itu
membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF minggu lalu pada majlis
menyambut pemain itu di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, menerima khabar gembira apabila
kerajaan negeri mengumumkan pemberian hadiah sebuah rumah di atas kecemerlangan
beliau membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 minggu lalu.
Pemberian
hadiah itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bangga di
atas kecemerlangan Khairul Fahmi pada kejohanan tersebut.
Menurutnya,
sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui bola sepak,
Kerajaan Negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
Kita akan
tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala
butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah
Mahmood.
Lokasi dan
nilai rumah tersebut belum ditentukan. Bila kita dapat hadiah dalam juara bola
sepak, kita dapat medal. Hadiah medal ini orang berebut satu dunia. Berapa
nilai hadiah ini sebenarnya tidak penting, katanya selepas meraikan kepulangan
Khairul Fahmi, semalam.
Lebih 3,000
peminat dan penduduk membanjiri sekitar Kampung Cherang, dekat sini menyambut
kepulangan Khairul Fahmi.
Khairul Fahmi
diarak dengan kenderaan pacuan empat roda, diiringi 40 buah motosikal tiba di
kampung kelahirannya pukul 11.40 pagi.
Ketibaannya
turut disambut kedua ibu bapanya iaitu Che Mat Hussain,58, dan Bidah Ibrahim,
52.
Nik Abdul Aziz
turut memberi nasihat kepada bintang muda bola sepak Kelantan itu supaya
menjaga nama baik diri dan negeri ini.
Sementara itu,
Khairul Fahmi terkejut dengan pemberian hadiah tersebut dan menyifatkan ia
cukup bermakna buat dirinya dan seluruh ahli keluarga.
Saya tak tahu
nak kata apa, hanya mampu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pihak
kerajaan negeri di atas hadiah yang diberikan, katanya.
Dia juga
terharu dengan sambutan yang diberikan penduduk kampung yang menyambut
kepulangannya.
Saya ucapkan
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan majlis ini untuk
untuk saya. Ia merupakan satu kejutan di luar jangkaan saya , ujarnya.
Diminta
mengulas mengenai publisiti keterlaluan yang diberikan kepadanya, Khairul Fahmi
menganggap ia sebagai cabaran.
Saya akui ia
memberi tekanan, namun saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Apa yang lebih
penting saya mahu terus memberikan tumpuan sepenuhnya memantapkan lagi
persembahan saya, katanya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5dKTt4D7M
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan