ARKIB :
03/01/2011
KOTA BHARU -
Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad
negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.
Kerana kagum
dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada
perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul
dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.
Malahan ada
laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka
dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol
Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.
Sebuah laman
web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan
laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010
buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul
Fahmi.
Laman web itu
menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia
menjulang kejuaraan.
Kecemerlangan
dan ketenangan Kahirul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis
setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus
kelab tersebut.
Ferguson
melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol
terbaik yang pernah dilahirkan.
"Sekiranya
dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan
pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar
(Belanda).
"Van Der
Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi
apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol
dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini," katanya.
Bagaimanapun,
berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia
bukan laman rasmi kelab tersebut.
Begitupun, ia
tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.
Menurutnya,
sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain
dalam kelab tersebut.
Ini kerana
katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti
penjaga gawang terbaik dunia.
"Saya
masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar
atau pun Casilas,'' katanya.
Sebelum ini,
Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah
menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend
terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh
sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu
dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim
nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga
menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook
beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding
tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5dKRvXEaw
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan