ARKIB : 14/12/2010
Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
Penjaga gol pasukan kebangsaan ,
Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan gigih dalam persiapan menghaapi Vietnam
di padang FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF
Tegas Khairul Fahmi, kapten
Vietnam, Nguyen Minh Phuong pemain yang perlu diberi tumpuan kerana amat
berbahaya dan bijak mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan, selain
berupaya menaikan semangat pemain.
Malah, Khairul Fahmi juga yakin
serangan akan datang bertali arus di bahagian kiri, kanan dan tengah. Justeru,
pemain Kelantan itu menagih bantuan daripada pertahanan untuk mengekang asakan
lawan.
Katanya, pergerakan penyerang
pasukan Vietnam amat laju, malah dia sendiri bersedia untuk menghadapi serangan
yang mahu menguji kemampuannya itu.
''Saya tahu mereka mempunyai
kelebihan daripada aspek kelajuan pemain tetapi itu bukan penghalang buat saya
dan rakan-rakan untuk gentar.
''Kami yakin dengan kemampuan
kami dan saya juga amat yakin dengan pemain pertahanan kita yang amat berani,''
katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana
Jaya semalam.
Esok Malaysia bakal berhadapan
skuad senior Vietnam yang turun selaki penyandang juara.
Khairul Fahmi berkata, selain
serang Vietnam, keupayaan pemain tengah mereka juga perlu diberi perhatian
serius.
sUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5d7kkjLhV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan