ARKIB :
01/01/2011
KOTA BHARU -
"Jangan mudah lupa diri, sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi potensi
yang ada dalam diri untuk terus berjaya pada masa hadapan."
Itulah harapan
dan nasihat seorang ayah, Che Mat Hussain, 58, kepada anaknya, Khairul Fahmi,
21, yang merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan dan Kelantan.
Menurut Che
Mat, seluruh ahli keluarga bangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh
Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Su' di kalangan keluarga,
selepas berjaya membantu Harimau Malaya bergelar juara buat kali pertama pada
Piala Suzuki AFF 2010.
"Kami
semua terkejut dengan apa yang telah ditunjukkan olehnya sepanjang tahun ini,
mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak.
"Kejayaan
ini adalah berkat usaha dan displin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat
tidak mudah putus yang ada dalam dirinya," katanya ketika ditemui di
kediamannya di Kampung Dusun Raja, Cherang di sini, semalam.
Tambahnya,
setiap kali sebelum beraksi, Khairul Fahmi, anak keempat daripada lima
adik-beradik akan mengubunginya terlebih dahulu untuk meminta restu.
"Setiap
menghubungi saya dan ibunya supaya mendoakan keselamatannya," ujarnya,
yang bekerja sebagai pemandu van kilang.
Utusan
Malaysia melaporkan persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia itu, bukan
sekadar menarik peminat baru ke akaun Facebooknya, malah menempatkan Khairul
Fahmi di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini
rangkain sosial Twitter.
Menyentuh
mengenai minat Khairul Fahmi terhadap bola sepak, Che Mat memberitahu ia
bermula ketika anaknya itu berumur lapan tahun, dan apa yang menarik ialah dia
hanya beraksi sebagai pengaja gol sahaja.
"Sejak
kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi tersebut dan mula beraksi bersama
pasukan sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, Kota Bharu ketika
berumur 12 tahun.
"Selepas itu,
dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Johor Bharu
dan kemudianya berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk mengambil
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.
Che Mat
memberitahu, sambutan besar-besaran akan diadakan oleh penduduk kampung dengan
kerjasama wakil rakyat untuk menyambut kepulangan Khairul Fahmi"Majlis
akan dijalankan pada 3 Januari ini dengan perarakan sepuluh buah kereta pacuan
empat roda dan 30 buah motosikal yang akan bermula di lapangan terbang,"
katanya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5dKMfzj5e
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan