Oleh Hasbullah Ibrahim
bhsukan@bh.com.my
KOTA BHARU: Keputusan Persatuan
Bola Sepak Kelantan ( KAFA) kekal dalam saingan Liga Malaysia 2017 (Liga M)
mencetuskan impak positif kepada pemain The Red Warriors ( TRW) musim ini.
Penjaga gol TRW, Khairul Fahmi
Che Mat, bersyukur dan berterima kasih kepada bekas Presiden KAFA, Tan Sri
Annuar Musa, yang membantu Kelantan kekal beraksi.
"Berita gembira ini memberi
suntikan semangat baharu buat rakan sepasukan untuk lebih fokus kepada
perlawanan pertama menentang Melaka United (MU) kelak.
"Saya yakin KAFA mampu
menjaga kebajikan pemain, malah persetujuan Annuar menerusi syarikat Al Hamra
dan RedONE menjadi penaja utama TRW mengukuhkan kewangan pasukan.
"TRW mempunyai kelebihan
sebagai pasukan bukan pilihan tanpa tekanan untuk bersaing dengan pasukan lain,"
katanya kepada BH Online.
Sementara itu, aksi persahabatan
kedua pramusim menentang Gua Musang FA berkesudahan Kelantan menang 3-2 di
padang MARDI di sini, hari ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi
Ismail, berkata fokus perlawanan lebih kepada usaha memantapkan keserasian
pemain pemain senior dan empat muka baharu dari skuad Piala Presiden.
Selepas mengekalkan khidmat
Morgaro Lima Gomis dari Senegal, misi Zahasmi kini adalah untuk mendapatkan
tiga lagi pemain import.
Pengendali Kelantan itu tidak mahu
terburu-buru menyenaraikan tenaga import kerana masih dalam proses menguji
pemain yang berminat menyarung jersi skuad itu.
Kelantan akan mengadakan ujian
pramusim menentang Liga Perdana MIFA FC, UITM FC dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dengan semua perlawanan di Kuala Lumpur
BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 7 Januari 2017 | 9:35pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan