MyMetroArena
Shamsul Kamal Amarudin
shaka@nstp.com.my

PKNP FC meneruskan rentak
kemenangan dalam Liga Super apabila menumpaskan Melaka United 1-0 di Stadium
Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.
Gol tunggal perlawanan diperolehi
hasil jaringan sendiri Ahmad Khuzaimi Piee yang tertampan hantaran lintang Yashir
Pinto pada minit ke-66.
Ini kemenangan ketiga
berturut-turut PKNP dalam saingan Liga Super berbanding Melaka yang mencatatkan
tiga kekalahan.
Perlawanan babak pertama agak
seimbang dengan bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah.
Peluang terbaik tuan rumah hadir
pada minit ke-22 menerusi rembatan Mohamad Al-Fateh Mohd Afandi dari luar kotak
penalti namun tepat ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.
Lorongan Mohamad Ramdan dari
sebelah kanan pula gagal disambut barisan penggempur PKNP biarpun Khairul Fahmi
sudah tertewas.
Melaka berpeluang mendahului tuan
rumah pada babak kedua namun rembatan lemah Patrick Reichelt dalam kotak
penalti pada minit ke-62 mudah ditepis Amar Asyraaf Omar.
Penyerang tuan rumah, Giancarlo
Lopez berpeluang menambah gol namun dua percubaannya pada minit ke-77 dan 79
melepasi gawang gol.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 13 April 2019 @ 11:37 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan