Selasa, 29 March 2016 | 11:46am
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my

DARI kiri, penjaga gol
Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; Izham Tarmizi dari Johor Darul Ta'azim (JDT)
dan Farhan Abu Bakar (Kedah).
MELAKA: Saingan mengisi benteng
terakhir skuad Harimau Malaysia yang bakal berdepan Macau di Stadium Hang
Jebat, di sini, malam ini, dilihat membabitkan perebutan tiga penjaga gawang.
Ini kerana penjaga gol utama,
Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang berdepan Arab Saudi pada aksi
terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di
Jeddah, Jumaat lalu, sudah pun dicabar dua calon lain.
Turut kenali sebagai Apek,
penjaga gawang Kelantan itu kini menerima saingan hebat daripada pemain Johor
Darul Ta'azim (JDT), Izham Tarmizi dan Farhan Abu Bakar dari Kedah.
Jurulatih penjaga gol Harimau
Malaysia, Young Wai Huang mengesahkan perkembangan itu.
Beliau berkata, walaupun Apek
menunjukkan prestasi terbaik pada aksi di Jeddah minggu lalu, peluang buat
Izham dan Farhan terbuka luas selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan
sepanjang sesi latihan.
"Setakat ini peluang
mereka adalah terbuka. Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan menentukan
siapa yang akan beraksi menjelang perlawanan malam ini.
"Apa yang penting fizikal
dan mental mereka amat kuat untuk mengawal gawang pada perlawanan antarabangsa
kelas A terbabit. Tekad mereka untuk membantu kejayaan Malaysia amat tinggi.
"Justeru saya menyerahkan
sepenuhnya di bahu dan kebijaksanaan mereka menutup semua peluang lawan
menjaringkan gol, selepas semua tips mengawal kubu diberikan," katanya.
Wai Huang berkata, dia sudah
mengingatkan perlawanan berkenaan adalah maruah negara, diri dan pasukan.
Sesi latihan selepas pulang
dari Arab Saudi menyaksikan Izham dan Farhan menjalani latihan lebih berat di
gimnasium manakala Apek di beri sedikit rehat, manakala petang Ahad dan semalam
di Stadium Hang Tuah semua pemain diberi pendedahan sama.
BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 29
March 2016 | 11:46am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan