Khamis, 9 April 2015 | 10:29pm
KOTA BHARU: Pasukan Kelantan
perlu berwaspada dengan aksi bekas pemainnya, Dickson Nwakaeme apabila bertemu
Pahang dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini
Sabtu ini.
Penjaga gol Kelantan, Khairul
Fahmi Che Mat berkata barisan pertahanan skuad The Red Warriors (TRW) perlu
memberi perhatian yang lebih kepada Dickson kerana pemain itu mempunyai corak
permainan cukup berbahaya.
"Kita kena hati-hati
kerana Pahang ada kombinasi pemain yang cukup bagus dan Dickson adalah pasukan
Pahang.
"Selain dia (Dickson) kita
juga perlu berwaspada dengan R Gopinathan, dia mempunyai hantaran lintang yang
cukup bagus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Khairul Fahmi yang lebih mesra
dengan panggilan Apek berkata pasukannya perlu meraih kemenangan pada pertemuan
itu bagi menaikkan kembali semangat pemain selepas TRW hanya mencatat dua kemenangan
dalam saingan liga, setakat ini.
"Kita dahagakan kemenangan
selepas hanya mampu menang dua perlawanan setakat ini dan moral pemain juga
kena kuat untuk kita kembali fokus dalam saingan Liga Super.
"Aksi hambar ketika
menentang Sime Darby FC pada saingan suku akhir Piala FA juga perlu dilupakan
dan kita perlu cari kemenangan ketiga (dalam Liga Super) pada musim ini,"
katanya.
Khairul Fahmi percaya jurulatih
baharu pasukan itu, Mohd Azraai Khor Abdullah mempunyai perancangan serta
strategi tersendiri untuk menewaskan Pahang.
Kelantan kini berada di
kedudukan kelapan Liga Super dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua
kemenangan daripada enam perlawanan. - BERNAMA
BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 9
April 2015 | 10:29pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan