Isnin, 18 April 2016 | 11:58pm

PENJAGA gol Kelantan, Khairul
Fahmi Che Mat.
KOTA BAHARU: Penjaga gol
Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat tidak mahu rakan pasukannya memandang rendah
kemampuan Pahang yang kini berada di tangga tercorot Liga Super, apabila turun
menentang mereka di Stadium Darul Makmur, Pahang, Rabu ini.
Katanya, walaupun ramai pemain
Pahang musim lalu sudah meninggalkan pasukan itu namun pemain baharu mempunyai
keserasian dengan corak permainan di bawah kendalian jurulatih Razip Ismail.
"Dalam keghairahan bagi
mendapatkan tiga mata pada perlawanan tersebut, kami tidak ambil mudah. Kami
anggap setiap perlawanan adalah final buat pasukan," katanya ketika
dihubungi di sini, hari ini.
Khairul Fahmi yang juga
dikenali Apek, mahu rakan sepasukannya berhati-hati dengan penyerang import
Pahang, Dalibor Volas yang dilihat berkemampuan menjaringkan gol.
"Dalibor Volas dilihat
sebagai ancaman berbahaya bagi kami selepas pemain tersebut meledak hatrik
ketika menewaskan Perak pada perlawanan sebelum ini," katanya.
Kelantan kini berada di tangga
keenam Liga Super. - BERNAMA
BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 18
April 2016 | 11:58pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan