
KHAIRUL Fahmi Che Mat. - Foto
NSTP
Melaka ikat Apek 6 bulan
BharianSukanBola
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Persatuan Bolasepak
Melaka United (MUSA) menawarkan kontrak enam bulan terhadap penjaga gol
berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat.
Timbalan Presiden MUSA, Datuk
Yusoff Mahadi berkata, tempoh itu bermula pada jendela perpindahan dibuka Isnin
ini hingga hujung musim.
Beliau berkata, khidmat Khairul
Fahmi atau Apek dijangka diteruskan pada musim 2019 dan akan dilanjutkan
berdasarkan pesefahaman kedua-dua pihak sebaik musim ini berakhir.
"Melaka memerlukan khidmat
penjaga gol ini berdasarkan pengalaman luasnya dalam kancah bola sepak tempatan
dan antarabangsa.
"Walaupun kami memiliki
penjaga gol Zamir Selamat yang menunjukkan prestasi membanggakan, namun masih
memerlukan Apek untuk mengisi kedudukan di barisan terakhir, sekali gus
meningkatkan motivasi pemain.
"Ia juga memandangkan kami
ketandusan penjaga gol gantian, selain Zamir untuk mengharungi baki saingan
musim ini," katanya ketika ditemui hari ini.
Sebelum ini, Kelantan menamatkan
khidmat Khairul Fahmi bagi memberi laluan kepadanya menyertai Melaka pada
jendela perpindahan kedua musim ini.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
4 Mei 2018 | 8:19pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan