Attirmidzie Rahman
sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) mengesahkan khidmat penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi
Che Mat ditamatkan bagi memberi laluan kepadanya menyertai Melaka United pada
jendela perpindahan kedua musim ini.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias
Khan berkata, perkara itu diputuskan selepas Melaka United membuat tawaran
kepada KAFA minggu lalu.
Malah, katanya Melaka United
pasukan berpotensi besar buat pemain berusia 29 tahun itu yang lebih dikenali
sebagai Apek untuk terus mengembangkan kariernya.
“Setakat ini bagi perkembangan perpindahan
itu ia sudah 99 peratus diuruskan dan kami juga sudah menjawab maklum balas
daripada Melaka yang mahukan khidmatnya.
“Rasanya pasukan (Melaka)
berpotensi untuk Apek terus maju dan berada dalam kesebelasan utama.
“Walaupun keputusan ini menimbulkan
rasa kurang selesa dalam kalangan peminat namun keputusan ini diambil bagi
memastikan The Red Warriors (TRW) mampu bersaing selain ia dinilai berdasarkan
situasi yang dihadapi KAFA sekarang,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP
semalam.
Sebelum ini, pemain kebangsaan
itu bersama pemain tengah berpengalaman, Badhri Radzi difahamkan akan
menamatkan jodoh mereka bersama Kelantan susulan mereka tiada dalam perancangan
ketua jurulatih, Fajer Ebrahim.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 3 Mei 2018 @ 11:11 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan