ARKIB : 22/06/2011
Pemain skuad Olimpik terus menjalani latihan di MSN
Bukit Jalil petang semalam, walaupun hanya tiba dari Lebanon beberapa jam
sebelum itu. Skuad negara akan berdepan Lebanon pada aksi timbal balas
Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
SEPANG - Malaysia perlu memburu gol awal bagi
memastikan keadaan lebih selesa dan tidak tertekan pada perlawanan timbal balik
menentang Lebanon pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional
Bukit Jalil, esok.
Ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat mahu semua
rakan sepasukan mencari gol awal sekiranya ingin melayakkan diri ke pusingan
ketiga saingan bola sepak Sukan Olimpik 2012.
Katanya, skuad negara di bawah bimbingan Ong Kim
Swee sudah bersedia mengasak kubu lawan dan pertahankan gawang gol
habis-habisan, selepas seri tanpa jaringan dengan Lebanon di Beirut, Ahad lalu.
"Saya dan rakan sepasukan bertekad mahu
memburu kejayaan menentang Lebanon di gelanggang sendiri," katanya.
Skuad negara tiba dari Beirut di Lapangan Terbang
Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Khairul Fahmi, yang juga penjaga gol berkata,
mereka berharap tidak akan menghampakan semua penyokong negara dan layak ke
pusingan ketiga nanti merupakan hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berharap semua peminat bola sepak tempatan
akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi semangat serta
sokongan kepada skuad negara.
Perlawanan esok bermula pukul 8.45 malam.
Skuad Bawah 21 negara melangkah ke pusingan kedua
kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac
lalu. - Berna
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5eS8EYEuE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan