MyMetroArena

Meor Riduwan
Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
PERSATUAN
Bolasepak Kelantan (KAFA) masih belum menjawab surat tuntutan pembayaran gaji
2015 dan 2016 mencecah RM143,000 dikemukakan bekas penjaga golnya, Khairul
Fahmi Che Mat.
Peguam Zhafri
Aminurashid berkata, surat berkenaan dihantar melalui faksimili pada 23 Mei
lalu dan tempoh tujuh hari diberikan bagi menjawab penyata tuntutan itu
berakhir semalam.
“Sekiranya
masih tidak ada balasan atau penyelesaian, kita akan membawa perkara ini kepada
Jawatankuasa Status FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) selepas hari raya.
“Disebabkan ia
membabitkan kontrak 2015 dan 2016 kita perlu dapatkan semua dokumen berkaitan
terlebih dulu.
Jika masih
tidak dibayar juga kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM,” katanya
dihubungi semalam.
Harian Metro
kelmarin melaporkan, belum pun reda isu desakan peletakan jawatan Presiden,
Bibi Ramjani Ilias Khan, kini badan induk bola sepak negeri itu diuji pula
tuntutan gaji oleh empat bekas pemain bernilai lebih RM300,000.
Mereka ialah
Mohd Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak, Norhafiz Zamani Misbah serta
terbaru penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.
Khairul Fahmi
menerusi peguamnya menghantar surat kepada KAFA tiga hari lalu bagi menuntut
bayaran tunggakan gaji 2015 dan 2016 mencecah RM143,000 manakala tiga pemain
lain menuntut tunggakan gaji dengan anggaran RM200,000.
Zhafri
berkata, anak guamnya itu nekad menghantar surat penyataan tuntutan kepada KAFA
kerana tunggakan itu sudah terlalu lama.
“Saya pernah
bincang dengan Khairul Fahmi, dia beritahu KAFA sebelum ini banyak berjanji
untuk bayar gajinya yang tertunggak. Bila minta pada KAFA, mereka beritahu dia
jangan risau kerana jumlah tunggakan gajinya tidak banyak dan akan dibayar,
sekali gus jika dapat tajaan.
“Disebabkan
ada gaji dengan Melaka United, anak guam saya tidak terdesak untuk tuntut.
Baru-baru ini dia tanya, apa boleh dibuat? dan saya kata perlu melalui FAM dan
hantar surat penyata tuntutan kepada KAFA,” katanya.
Sementara itu,
Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata, pihaknya sedia
membantu bagi penyelesaian tuntutan gaji Khairul Fahmi atau diberi jolokan
‘Apek’.
“Dalam bola
sepak kena ikut proses perundangan bola sepak. Aduan perlu dikemukakan kepada
Jawatankuasa Status FAM dan Jawatankuasa disiplin FAM untuk diteliti.
“Jika ada
aduan kita boleh teliti, namun setakat ini saya tidak terima apa-apa laporan
berkaitan daripada Khairul Fahmi,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 5:01 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan