MyMetroArena

Oleh Syazwan
Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
JANJI kosong.
Demikian tanggapan beberapa pemain terhadap pengurusan Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) selepas badan induk bola sepak negeri itu masih gagal
melunaskan tunggakan gaji.
Antara
tuntutan paling tinggi adalah bekas penjaga golnya Khairul Fahmi Che Mat
berjumlah RM143,000.
Difahamkan
selain Khairul Fahmi, KAFA turut berdepan tuntutan daripada beberapa bekas
pemain seperti Mohd Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak dan Norhafiz Zamani
Misbah membabitkan tunggakan lebih RM300,000.
Hal ini
bermakna, KAFA perlu bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk dikenakan
tindakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila Khairul Fahmi atau
Apek memanjangkan perkara berkenaan kepada badan induk bolasepak terbabit untuk
tindakan lanjut.
Perkara
terbabit disahkan peguam kepada pemain itu, Zhafri Aminurrashid yang sudah
menghantar surat kepada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam selepas KAFA
masih berdegil untuk melunaskan tuntutan Khairul Fahmi yang berjumlah RM143,423.
“Pada 26
September 2019, Jawatankuasa Status FAM sudah memutuskan bahawa KAFA perlu
membayar RM143,423 kepada Khairul Fahmi.
“Namun, mereka
masih gagal menyelesaikan tuntutan itu hinggalah tarikh akhir mereka perlu
melakukan pembayaran seperti yang diarahkan Jawatankuasa Status FAM iaitu pada
26 Oktober lalu.
“Peguam sudah
menulis kepada Setiausaha Agung FAM (Stuart Ramalingam) pada 13 Disember bagi
membawa kes ini kepada peringkat Jawatankuasa Tatatertib untuk hukuman
selanjutnya atas kegagalan KAFA mematuhi arahan perintah Jawatankuasa FAM,”
katanya kepada Arena Metro, semalam.
Sebagai rekod,
KAFA sering dibelenggu dengan masalah tunggakan gaji dan lebih merumitkan
keadaan, mereka turut berdepan tuntutan daripada beberapa bekas pemain Kelantan
yang sudahpun meninggalkan pasukan itu.
Malah,
kedudukan kewangan yang meruncing menyaksikan mereka pernah dipotong tiga mata
dan dikenakan sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua Liga
Malaysia (Liga M) pada 2017.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 6:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan