KHAIRUL tekad menyerlah tahun
depan.
Haika Khazi
mfaizul@nstp.com.my
PENJAGA gol utama skuad Kelantan,
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, kini memasang impian untuk kembali merebut
status penjaga gawang nombor satu skuad Harimau Malaya, mulai tahun depan.
Apek yang pernah membantu
membantu Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan
SEA Jakarta 2011 mengakui dia perlu bekerja keras dan mempamerkan aksi
cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018 jika mahu memikat
hati jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada.
“Saya rindu untuk kembali beraksi
mewakili negara di pentas antarabangsa dan saya berjanji akan melakukan yang
terbaik jika terpilih untuk menyarung kembali jersi kebangsaan.
“Saya akan terus berlatih
meningkatkan prestasi ke tahap yang terbaik serta membantu Kelantan pada
saingan Liga M,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah
pertandingan kuiz dan peraduan “Minum Yakult Sihat Sokmo” di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan, hari ini.
Program itu turut dihadiri,
Pengarah Urusan Yakult (Malaysia), Hiroshi Hamada.
Peraduan yang disertai oleh 51
sekolah di Kelantan itu dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong,
Ketereh, yang meraih hadiah pakej lawatan selama lima hari ke Jepun.
Pada masa sama, Apek meminta
peminat The Red Warriors (TRW) supaya bersabar dan memberikan masa kepada
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk memperbaiki kelemahan serta
meningkatkan kembali prestasi pasukan pada musim depan.
“Saya berharap peminat dapat
bersabar dan memberikan sepenuh sokongan kepada pengurusan baharu ini. Saya
yakin mereka akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan bola
sepak Kelantan,” katanya.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 5 Disember 2017 @ 9:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan