
Petaling Jaya: Khairul Fahmi
Che Mat masih yakin memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola
Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM walaupun Kelantan tidak mempamerkan
aksi terbaik musim ini.
Bekas juara tiga piala itu
terlepas peluang memenangi trofi utama tahun ini berikutan kebangkitan beberapa
pasukan utama seperti Pahang, FELDA United dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).
Bagaimanapun, penjaga gol
berusia 25 tahun itu yang memenangi anugerah sama antara 2010 hingga 2013
menjadi pemain tetap dalam skuad kebangsaan dan di bawah bekas jurulatih
Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dia pilihan utama untuk menjaga gawang.
Perkara sama juga berlaku
ketika Dollah Salleh mengambil alih tugas jurulatih Malaysia apabila sudah
menyenaraikan Khairul Fahmi dalam skuad Piala Suzuki AFF 2014 dengan Singapura
dan Vietnam menjadi tuan rumah pada edisi kali ini.
“Memang saya gagal membantu
pasukan memenangi apa-apa kejuaraan, tapi saya mengakui kami melalui musim yang
mencabar.
“Sudah tentu saya gembira dapat
dicalonkan, tapi tahun ini sangat sukar apabila bersaing dengan pencabar lain
dari pasukan yang memenangi trofi musim ini. Bagaimanapun, saya harap aksi
konsisten tahun ini akan mendapat perhatian,” kata Khairul Fahmi, yang juga
duta jenama 100PLUS.
Khairul Fahmi dicabar Khairul
Azhan Khalid dari Pahang dan Izham Tarmizi Roslan dari Johor DT bagi posisi
itu.
Kelantan menamatkan saingan di
tempat keenam Liga Super tahun ini dan mereka juga mara ke separuh akhir Piala
FA dan suku akhir Piala Malaysia.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
100PLUS-Astro Arena-FAM akan diadakan pada 13 November ini kurang seminggu
sebelum Piala Suzuki AFF 2014 bermula.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Isnin, 3 November 2014 @ 8:26 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan