Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: “Minta tolong semua
penyokong, doakan kami menang nanti. Teruskan beri sokongan sepenuh hati,” kata
penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat.
Penjaga gol skuad kebangsaan
itu menaruh harapan penyokong The Red Warriors (TRW) terus mendoakan mereka
untuk dijadikan penguat semangat.
Katanya, misi membawa pulang
Piala FA sangat penting dan pada masa sama tidak mahu gugup ketika berdepan
Lions
XII.
“Sokongan kuat penyokong akan
membuatkan kami lebih bersemangat. Saya harap bukan penyokong Kelantan saja
akan berada di stadium, tapi seluruh peminat bola sepak tanah air.
“Perlawanan ini ibarat Malaysia
menentang Singapura, kami perlukan setiap sokongan.
“Pakat ramai-ramai ke Stadium
Nasional Bukit Jalil, tapi jaga adab ketika menonton dan jangan buat onar,”
katanya ketika ditemui dalam sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV,
semalam.
Ditanya persediaannya, Khairul
Fahmi berkata, dia kini mengikuti semua latihan kecergasan dikendalikan
jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dan akur dengan setiap arahan pengendali
itu.
“Setakat ini jurulatih belum
lagi beri ‘pesanan khas’ untuk perlawanan nanti, tapi kami semua sudah bersedia
menerima apa saja.
“Sudah tentu LionsXII tidak
boleh dipandang ringan terutama penyerang pasukan itu Mohd Khairul Amri yang
lincah dan memiliki corak permainan berbahaya.
“Rata-rata pemain mereka juga
masih muda dan memiliki disiplin bagus.
“Saya harap kami dapat
mempertahankan benteng lebih baik daripada jentera serangan mereka nanti,”
katanya yang mesra dipanggil Apek.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 10:05 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan