Isnin, 27 November 2017

Khairul Fahmi tetap yakin keupayaan TRW

 PESERTA Klinik Bola Sepak Puma bergambar dengan bintang bola sepak
PESERTA Klinik Bola Sepak Puma bergambar dengan bintang bola sepak tempatan di Subang Jaya, Selangor semalam.
26 November 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Khairul Fahmi Che Mat percaya Kelantan mampu menjadi antara pencabar kuat dalam persaingan Liga Super musim depan dengan gabungan muka baharu dan lama.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu, yang masih mempunyai kontrak dengan The Red Warriors hingga tamat musim depan, juga menggesa semua pemain Kelantan mempertingkatkan tahap permainan dan mengambil iktibar daripada kesusahan yang mereka tempuhi musim lalu untuk kekal dalam Liga Super sebagai pembakar semangat mereka bagi menghadapi persaingan baharu.


“Untuk pasukan Kelantan yang berwajah baharu musim depan, dengan gabungan beberapa pemain senior dan muda, saya percaya kami mampu membentuk sebuah pasukan yang mampu memberi saingan dan lebih baik berbanding musim lalu.

“Pasti presiden baharu meletakkan sesuatu sasaran untuk dicapai oleh pasukan dan saya juga berharap kami mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan Kelantan. Tahun lepas kami berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran untuk kekal dalam Liga Super, dan saya percaya semua pemain telah mengambil perkara itu sebagai satu pengajaran,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui sewaktu menjadi bintang undangan Klinik Bola Sepak Puma 2017 di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya, hari ini.

Turut bersama pemain yang dikenali sebagai Apex itu adalah Danish Haziq, Azidan Sarudin, Shahrul Saad, Syahmi Safari dan Mahali Jasuli.

Mengulas mengenai klinik bola sepak anjuran Puma itu, dia mengakui program itu bagus dalam usaha semua pihak untuk mencungkil bakat baharu.

“Program seperti ini bagus dalam mencungkil bakat pemain muda. Ini juga salah satu peluang untuk kami berkongsi pengalaman dengan adik-adik (peserta klinik Puma) sepanjang bergelar pemain profesional,” ujarnya.

Sementara itu, pemain tengah Pulau Pinang, Azidan Sarudin mengakui masa depannya bersama pasukan itu masih belum pasti untuk musim depan.

“Kontrak saya akan tamat pada hujung bulan Disember nanti, masih belum tahu disambung atau tidak kerana masih dalam perbincangan. Untuk masa sekarang saya masih belum terfikir untuk mencari kerjaya lain selain pemain bola sepak,” katanya
sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/khairul-fahmi-tetap-yakin-keupayaan-trw-1.560621#ixzz4zffTRSMn

© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 1 November 2017

Khairul Fahmi yakin pertahan anugerah



 
Petaling Jaya: Khairul Fahmi Che Mat masih yakin memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM walaupun Kelantan tidak mempamerkan aksi terbaik musim ini.

Bekas juara tiga piala itu terlepas peluang memenangi trofi utama tahun ini berikutan kebangkitan beberapa pasukan utama seperti Pahang, FELDA United dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Bagaimanapun, penjaga gol berusia 25 tahun itu yang memenangi anugerah sama antara 2010 hingga 2013 menjadi pemain tetap dalam skuad kebangsaan dan di bawah bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dia pilihan utama untuk menjaga gawang.

Perkara sama juga berlaku ketika Dollah Salleh mengambil alih tugas jurulatih Malaysia apabila sudah menyenaraikan Khairul Fahmi dalam skuad Piala Suzuki AFF 2014 dengan Singapura dan Vietnam menjadi tuan rumah pada edisi kali ini.

“Memang saya gagal membantu pasukan memenangi apa-apa kejuaraan, tapi saya mengakui kami melalui musim yang mencabar.

“Sudah tentu saya gembira dapat dicalonkan, tapi tahun ini sangat sukar apabila bersaing dengan pencabar lain dari pasukan yang memenangi trofi musim ini. Bagaimanapun, saya harap aksi konsisten tahun ini akan mendapat perhatian,” kata Khairul Fahmi, yang juga duta jenama 100PLUS.

Khairul Fahmi dicabar Khairul Azhan Khalid dari Pahang dan Izham Tarmizi Roslan dari Johor DT bagi posisi itu.

Kelantan menamatkan saingan di tempat keenam Liga Super tahun ini dan mereka juga mara ke separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM akan diadakan pada 13 November ini kurang seminggu sebelum Piala Suzuki AFF 2014 bermula.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 8:26 AM

Doakan kami menang: Apek



Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
 
Kota Bharu: “Minta tolong semua penyokong, doakan kami menang nanti. Teruskan beri sokongan sepenuh hati,” kata penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat.

Penjaga gol skuad kebangsaan itu menaruh harapan penyokong The Red Warriors (TRW) terus mendoakan mereka untuk dijadikan penguat semangat.

Katanya, misi membawa pulang Piala FA sangat penting dan pada masa sama tidak mahu gugup ketika berdepan Lions
XII.

“Sokongan kuat penyokong akan membuatkan kami lebih bersemangat. Saya harap bukan penyokong Kelantan saja akan berada di stadium, tapi seluruh peminat bola sepak tanah air.

“Perlawanan ini ibarat Malaysia menentang Singapura, kami perlukan setiap sokongan.

“Pakat ramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil, tapi jaga adab ketika menonton dan jangan buat onar,” katanya ketika ditemui dalam sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Ditanya persediaannya, Khairul Fahmi berkata, dia kini mengikuti semua latihan kecergasan dikendalikan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dan akur dengan setiap arahan pengendali itu.

“Setakat ini jurulatih belum lagi beri ‘pesanan khas’ untuk perlawanan nanti, tapi kami semua sudah bersedia menerima apa saja.

“Sudah tentu LionsXII tidak boleh dipandang ringan terutama penyerang pasukan itu Mohd Khairul Amri yang lincah dan memiliki corak permainan berbahaya.

“Rata-rata pemain mereka juga masih muda dan memiliki disiplin bagus.

“Saya harap kami dapat mempertahankan benteng lebih baik daripada jentera serangan mereka nanti,” katanya yang mesra dipanggil Apek.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 10:05 AM

Apek belum ada kata putus

Attirmidzie Rahman
sukanteam@nstp.com.my
 
PENJAGA gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), enggan membuat keputusan terburu-buru mengenai lamaran Melaka United (MU) yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk saingan Liga Super musim depan.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek berkata, tawaran itu adalah satu penghormatan kerana masih ada pasukan yang yakin kepada kemampuannya walaupun terdapat ramai bakat baharu yang mampu mengalas tugas selaku penjaga gol.

“Saya gembira sebab masih ada tawaran pasukan lain dan saya berterima kasih kepada MU kerana menawarkan kontrak itu.

“Apapun, ia terlalu awal untuk membuat keputusan, malah belum terfikir pun untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim depan kerana masih mempunyai kontrak bersama Kelantan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, pemain berusia 28 tahun itu turut mengakui dia masih mahu berbakti untuk pasukan negeri kelahirannya itu sekaligus menghormati kontrak bersama The Red Warriors (TRW).

“Memandangkan masih mempunyai kontrak yang berbaki satu musim, eloklah saya meneruskannya.

“Saya menghormati kontrak bersama TRW, tetapi selebihnya saya serahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan skuad Hang Tuah berminat untuk menawarkan kontrak kepada Apek bagi membantu pasukan itu pada saingan Liga Super 2018.

Mengesahkan perkara itu, Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff berkata Apek dilihat antara penjaga gol yang terbaik di negara ini sehingga mendorong MU menawarkan kontrak kepada bekas penjaga gawang kebangsaan terbabit.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 10:46 PM