Rabu, 6
November 2019 | 2:38pm

BEKAS kapten
dan penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. NSTP/Rasul Azli Samad
Apek kekal
bersama Melaka
Oleh Nazri Abu
Bakar
Sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Bekas
kapten dan penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kekal
bersama pasukan Melaka United (MU) bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.
Presiden
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li berkata, Khairul
Fahmi masih memiliki kontrak sehingga 2020 justeru dia terus menjadi tunjang
pasukan skuad Hang Tuah.
Katanya,
pengalaman luas bekas penjaga gol Kelantan itu juga mampu memberi impak besar
terhadap persiapan skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan terbabit.
“Sekurang
-kurangnya tujuh pemain musim ini bakal ditawarkan kontrak dengan dua daripada
mereka membabitkan pemain pertahanan Faris Shah Rosli dan penyerang, Deevan Raj
sudah menerima tawaran.
“Selebihnya
dalam tempoh terdekat. Namun beberapa aspek termasuk persetujuan berkaitan
rundingan gaji perlu diselesaikan bersama dalam usaha menjamin kebajikan
pemain,”katanya.
Sementara itu,
Damian turut mengesahkan dua pemain import musim ini juga akan kekal bersama
pasukan Hijau Putih sementara yang lain tiada dalam perancangan.
Apapun, nama
dua import terbabit hanya akan diumumkan selepas kontrak dimeterai sedikit masa
lagi.
Damian yang
baru dilantik sebagai presiden MUSA, 1 November lalu juga berkata, pemain yang
tiada dalam senarai kali ini juga akan
dimaklumkan lebih awal bagi mengelak kesukaran untuk mereka memilih pasukan
baharu.
Beliau
berkata, keputusan pemilihan pemain diserahkan kepada Zainal mengikut
perancangannya dalam memastikan skuad berkenaan berada dalam landasan sebenar
musim 2020.
Musim ini MU
yang turut dibarisi pemain berpengalaman termasuk Shukor Adan, Safiq Rahim dan
Razman Roslan meraih kedudukan tangga keenam dan mara ke suku akhir Piala
Malaysia.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Rabu, 6 November 2019 | 2:38pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan