MyMetroArena
Nazri Abu
Bakar
sukanteam@nstp.com.my

PENJAGA gol
utama Melaka, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) yakin skuad terbabit mampu melepasi
saingan peringkat kumpulan D untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Selepas
berjaya mengutip kemenangan 3-1 berdepan PDRM pada aksi pembukaan kelmarin dia
melihat keyakinan tinggi rakan sepasukan dan komitmen untuk membantu kejayaan
MU amat memberangsangkan bagi meneruskan rentak kecemerlangan terbabit.
Katanya, mata
maksimum berkenaan jelas penting dalam membina keyakinan dan motivasi pemain
untuk berdepan ujian getir bertemu Selangor pada aksi kedua Khamis ini di
Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.
Menurutnya,
apa yang menarik kebangkitan selepas ketinggalan kepada PDRM adalah tonik
berharga untuk mendepani cabaran The Red Giants yang juga juara 33 kali piala
berprestij berkenaan.
“Apapun masih
terlalu awal untuk meramalkan kedudukan pasukan apa yang penting fokus pada
setiap perlawanan bagi memastikan setiap keputusan memihak kepada skuad Hang
Tuah.
“Saya
mengharapkan kecederaan pulih segera bagi membantu pasukan bersaing di pentas
Piala Malaysia musim ini," katanya.
Bekas pemain
Kelantan itu terlepas tiga perlawanan setakat ini termasuk dua aksi Liga Super
serta berdepan The Cops, kelmarin.
Malah dia
kemungkinan besar terlepas aksi bertemu Selangor, namun keputusan akhir hanya
diketahui menjelang pertemuan berkenaan.
Jurulatih
Melaka, Zainal Abidin Hassan sedikit lega berikutan Khairul sudah diberi
kebenaran pegawai perubatan untuk menjalani latihan selepas lebih tiga minggu
berehat.
Beliau
berkata, dia mengharapkan kecederaan tendon penjaga gawang berpengalaman itu
pulih sepenuhnya dan cergas untuk diturunkan.
Namun dia
hanya menurunkan pemain terbabit sekiranya tidak menjejaskan tahap kecederaannya
yang dibimbangi boleh menjadi lebih serius.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 5:02 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan