
Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
Kuala Lumpur: Jurulatih Kuala
Lumpur (KL), Fabio Maciel mengakui penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat
berada dalam senarai pemain paling dikehendakinya apabila pintu perpindahan
kedua dibuka pada pertengahan bulan depan.
Malah, Maciel mendedahkan langkah
pertama untuk mendapatkan Khairul Fahmi atau mesra dengan panggilan Apek sudah
dimulakan apabila mengusulkan nama penjaga gol itu kepada pihak pengurusan
baru-baru ini.
Beliau yakin kehadiran Apek dapat
mengukuhkan lagi cabaran KL terutama untuk memantapkan posisi penjaga gol yang
kini dibarisi oleh Kamarul Affendi, Ahmad Solehin Mamat dan Khatul Anuar Jalil.
“Apek seorang penjaga gol yang
bagus dan berpengalaman. Sudah pasti saya sangat gembira jika dia menyertai
kami dan saya mengalu-alukan kedatangannya.
“Kami perlukan pemain seperti dia
untuk menjadikan pasukan KL lebih stabil serta mampu menjadi pencabar sebenar.
“Kehadiran Apek kelak bukan
sekadar mampu mengukuhkan benteng terakhir KL malah boleh membimbing penjaga
gol muda, Solehin dan Khatul di samping memberi daya saing kepada Kamarul.
“Saya sudah menyerahkan nama Apek
kepada pengurusan untuk mereka memulakan rundingan dan berharap impian memiliki
pemain itu akan menjadi kenyataan,” akui Maciel.
Selain itu, kata Maciel, beliau
turut menyenaraikan nama beberapa pemain lain untuk dipertimbangkan oleh
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam usaha memantapkan The City Boys.
Spekulasi yang mengaitkan Apek
dengan pasukan KL tercetus selepas penjaga gol kebangsaan itu dilaporkan antara
pemain bakal dilepaskan oleh Kelantan pada perpindahan kedua yang bermula
pertengahan bulan depan.
Malah, keputusan jurulatih baharu
Kelantan, Fajer Ebrahim mengetepikan Apek, sebaliknya memberi kepercayaan
kepada Fikri Che Soh pada aksi menentang Negeri Sembilan hujung minggu lalu
menguatkan lagi spekulasi jodoh penjaga gol itu dengan The Red Warriors hampir
ke penghujung.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 20 April 2018 @ 1:49 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan