Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my

BIARPUN dianggap bakal menjadi
mangsa belasahan skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan esok, pasukan Bhutan
tetap sedia melakar kejutan besar.
Jurulatihnya, Trevor James Morgan
menyifatkan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjadi medan
terbaik untuk dia menguji kemampuan sebenar anak buahnya yang keseluruhan
dibarisi pemain separuh profesional.
Sambil menyifatkan skuad Harimau
Malaya memiliki banyak kelebihan, dia bagaimanapun enggan skuad bimbingannya
yang lebih dikenali sebagai Dragon Boys menyerah kalah sebelum tamat 90 minit
aksi sebenar.
“Kami mahu fokus untuk
meningkatkan prestasi semasa semua pemain kerana ini adalah peluang terbaik
berbuat demikian. Untuk menjadi yang terbaik, kami perlu menentang pasukan yang
lebih baik seperti Malaysia.
“Malaysia mempunyai kombinasi
pemain muda dan senior yang baik dan sudah pasti akan memberi kesukaran kepada
kami.
“Namun, pemain saya sudah bekerja
keras sepanjang latihan dan kami akan cuba memberi tentangan sengit pada
perlawanan esok,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), di sini, hari ini.
Bhutan yang berada di kedudukan
ke-188 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) - 10 anak tangga
di belakang Malaysia, dibarisi majoriti pemain muda dan separuh profesional.
Malah, mereka juga dijangka bakal
menjadi lawan mudah buat Malaysia yang dibarisi keseluruhan pemain profesional.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 31 Mac 2018 @ 7:01 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan