ARKIB : 24/11/2007
KUALA LUMPUR Dua pemain
Malaysia, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmie ditawarkan
menjalani ujian dengan kelab utama Belanda, PSV Eindhoven, menurut Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC), semalam.
Pemain remaja negara masing-masing
berusia 18 tahun mencuri perhatian PSV sewaktu Kejohanan Bola Sepak Piala CYC
yang lalu dan berpeluang untuk menyinar di Belanda minggu ini.
Ini adalah peluang terbaik
walaupun saya tahu ia hanyalah dalam tempoh yang singkat untuk menyakinkan
pemilihan.
Saya masih berharap kami akan
dapat melakukan yang terbaik dan membuktikan kepada mereka bahawa kami
mempunyai kriteria bermain di PSV, kata Asraruddin.
Pengumuman itu hadir setelah
tiga pemain Thailand, Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda
mengikat kontrak dengan pasukan Liga Perdana England, Manchester City.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4vqXgDoIE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan