WARTAWAN SINAR HARIAN
25 DISEMBER 2016
Khairul Fahmi Che Mat Khairul
Fahmi dinobat sebagai Penjaga Gol Terbaik ABK 2016. Turut kelihatan penerima
Pertahanan Terbaik, Rizal Ghazali (tengah), Jurulatih Terbaik, Tan Cheng Hoe.
PENJAGA gol Kelantan, Khairul
Fahmi Che Mat menyatakan kesediaan menghadapi segala kemungkinan bersama
Kelantan yang masih dibelenggu isu penajaan dan berkemungkinan untuk menarik
diri dari saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Walaupun nasibnya masih menjadi
tanda tanya, Khairul Fahmi tetap mengharapkan ada berita gembira menanti The
Red Warriors (TRW) itu.
"Bila dengar berita ada
penaja sudi menaja Kelantan, kami yang masih kekal berasa lega sikitlah.
"Saya amat berharap pihak
pengurusan akan mencari jalan terbaik
untuk pasukan sebab masih ramai lagi pemain yang kekal bersama Kelantan. Jadi
diharapkan ada berita gembira menanti kami semua.
"Buat masa sekarang, kami
masih berlatih seperti biasa, namun tetap bersedia untuk menghadapi segala
kemungkinan nanti," ujarnya.
Pada Anugerah Bolasepak
Kebangsaan (ABK) yang berlangsung kelmarin, Khairul Fahmi atau Apex sekali lagi
membuktikan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik di Malaysia apabila
dinobatkan Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima.
Apex mengetepikan
pencabar-pencabarnya seperti Farizal Marlias (JDT), Syazwan Yusoff
(Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam (Perak) dan Khairul Azhan Khalid
(Selangor).
SUMBER- SINAR HARIAN
ONLINE 25 DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan