aziman@hmetro.com.my
Petaling Jaya:
Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat mahu melupakan zaman kegelapan
tahun lalu sambil membuka buku baru dengan nota positif, bermula pertemuan
menentang Arab Saudi bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di
Jeddah pada 24 Mac ini.
Berikutan
ranking merosot ke tangga ke-171 dunia serta mencatat beberapa keputusan
memalukan termasuk dibelasah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-10 dan tumpas dua
kali kepada Palestin dengan 0-6 pada aksi kelayakan pada 2015, ia memberi
pengalaman cukup buruk buat pemain Harimau Malaysia.
Menurut Khairul
Fahmi atau turut dikenali dengan panggilan Apek, semua pemain termasuk dirinya
mengharapkan permulaan yang baik tahun ini di bawah kendalian jurulatih baru
Datuk Ong Kim Swee namun pertemuan dengan pendahulu Kumpulan A itu bukan mudah.
“Ini perlawanan
pertama untuk pemain, juga buat jurulatih Ong (Kim Swee) sebagai jurulatih
Harimau Malaysia. Bagi saya perbezaan tetap ada, untuk perlawanan pertama kita
cuba dapatkan keputusan positif.
“Kami tak nak
tiap-tiap tahun dikritik peminat, dikecam semua orang. Kami juga mahu keputusan
positif untuk negara dan diri sendiri,” katanya ketika ditemui Arena Metro pada
sesi latihan semalam.
Khairul Fahmi
beraksi pada pertemuan dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam September lalu
yang terpaksa dihentikan pada minit ke-88 gara-gara kekecohan Ultras Malaya.
Arab Saudi yang
mendahului 2-1 ketika itu diberikan kemenangan percuma 3-0.
Selepas enam
perlawanan Arab Saudi unggul dengan 16 mata manakala Malaysia yang sudah
tersingkir dalam buruan tiket ke Piala Dunia kini menduduki tempat keempat
dengan empat mata daripada tujuh perlawanan dan bakal beraksi di pusingan
play-off Piala Asia.
Bagi Apek,
walaupun menjadi penjaga gol lebih senior berbanding Izham Tarmizi Roslan dan
Farhan Abu Bakar namun ia tidak memberi kelebihannya untuk mendapat slot
automatik kesebelasan utama.
“Saya mahu
rebut tempat kesebelasan utama dan berusaha mendapatkan keputusan positif
kerana bagi saya menang satu bonus untuk kita kerana kita tahu Arab Saudi lawan
yang hebat apatah lagi bermain di gelanggang mereka,” kata tonggak Kelantan
itu.
Artikel ini
disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 10:16 AM
APEK tekad
baiki kesilapan.
- SUMBERt:
http://www.hmetro.com.my/node/123338#sthash.fxxNzSaU.dpuf
Tahniah kerana berusaha memperbaiki diri
BalasPadam