Ahad, 25 Disember 2016

Masalah kewangan Kafa perlu selesai segera

25 DISEMBER 2016
apek
apek
PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu masalah kewangan yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini diatasi segera.

Menurutnya, ia perlu bagi memastikan skuad The Red Warriors dapat membuat persediaan rapi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan 'Apek' mengakui masalah itu sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain tetapi yakin ia mampu diatasi oleh pengurusan pasukan.

"Kami (pemain) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sekiranya keputusan kurang positif dicapai pada 29 Dis nanti, saya harap KAFA masih mengutamakan kebajikan pemain yang telah banyak berjasa selama ini," katanya.

Khairul Fahmi baru dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016, Jumaat lepas.

Sebagai rekod, Khairul Fahmi pernah memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.

Menurut Khairul Fahmi, skuad Kelantan kini giat menjalani latihan pra-musim di bawah kendalian Zahasmi Ismail yang merupakan bekas pemain pasukan itu pada era 1990-an.

KAFA dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga-M 2017 memandangkan persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mereka memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan tersebut.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga-M musim depan akan dibuat menerusi Kongres Luar Biasa KAFA pada 29 Dis ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menetapkan tempoh akhir pendaftaran pasukan untuk Liga-M 2017 pada 31 Dis ini. - Bernama

SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE  25 DISEMBER 2016

Khairul Fahmi: Bersedia segala kemungkinan bersama TRW

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 DISEMBER 2016
Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat Khairul Fahmi dinobat sebagai Penjaga Gol Terbaik ABK 2016. Turut kelihatan penerima Pertahanan Terbaik, Rizal Ghazali (tengah), Jurulatih Terbaik, Tan Cheng Hoe.
PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyatakan kesediaan menghadapi segala kemungkinan bersama Kelantan yang masih dibelenggu isu penajaan dan berkemungkinan untuk menarik diri dari saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Walaupun nasibnya masih menjadi tanda tanya, Khairul Fahmi tetap mengharapkan ada berita gembira menanti The Red Warriors (TRW) itu.

"Bila dengar berita ada penaja sudi menaja Kelantan, kami yang masih kekal berasa lega sikitlah.

"Saya amat berharap pihak pengurusan  akan mencari jalan terbaik untuk pasukan sebab masih ramai lagi pemain yang kekal bersama Kelantan. Jadi diharapkan ada berita gembira menanti kami semua.

"Buat masa sekarang, kami masih berlatih seperti biasa, namun tetap bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan nanti," ujarnya.

Pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) yang berlangsung kelmarin, Khairul Fahmi atau Apex sekali lagi membuktikan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik di Malaysia apabila dinobatkan Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima.

Apex mengetepikan pencabar-pencabarnya  seperti  Farizal Marlias (JDT), Syazwan Yusoff (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam (Perak) dan Khairul Azhan Khalid (Selangor).

SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE  25 DISEMBER 2016

Tagih KAFA selesai segera kemelut

 
APEX (tengah) optimis KAFA mampu mengatasi kemelut kewangan yang melanda skuad The Red Warriors ketika ini.

PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu masalah kewangan yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini diatasi segera.

Menurutnya, ia perlu bagi memastikan skuad The Red Warriors dapat membuat persediaan rapi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Khairul Fahmi yang mesra de­ngan panggilan Apex mengakui masalah itu sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain tetapi yakin ia mampu diatasi oleh pe­ngurusan pasukan.

“Kami (pemain) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sekiranya keputusan kurang positif dicapai pada 29 Disember ini, saya harap KAFA masih meng­utamakan kebajikan pemain yang telah banyak berjasa selama ini,” katanya.

Khairul Fahmi baru dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016, Jumaat lepas.

Sebagai rekod, Khairul Fahmi pernah memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.

Menurut Khairul Fahmi, skuad Kelantan giat menjalani latihan pra-musim di bawah kendalian Zahasmi Ismail yang merupakan bekas pemain pasukan itu pada era 1990-an.

KAFA dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga M 2017 memandangkan persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mereka memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan tersebut.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga M musim depan akan dibuat menerusi Kongres Luar Biasa KAFA pada 29 Disember ini.

Football Malaysia Limited Lia­bility Partnership (FMLLP) menetapkan tempoh akhir pendaftaran pasukan untuk Liga M 2017 pada 31 Disember. – Bernama

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4TtcYN6Zf Hakcipta terpelihara

Ahad, 11 Disember 2016

Apek setia bersama Kelantan

11 Disember 2016 12:11 AM
Khairul Fahmi
Khairul Fahmi
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Walaupun status penyertaan Kelantan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan masih tidak menentu, namun penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menegaskan, dia tetap setia bersama The Red Warriors.
Khairul Fahmi, 27, berkata, kontraknya bersama Kelantan hanya akan tamat pada hujung 2017, namun dia enggan menekan butang panik biarpun ­menyedari majikannya mempunyai masalah kewangan yang kritikal.
“Saya tetap setia bersama Kelantan, lagi pun kontrak saya masih berbaki setahun,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ketika di­tanya apakah dia sudah mula mencari pasukan baharu gara-gara kedudukan Kelantan yang bergelut ketika ini, Khairul Fahmi berkata, dia tidak mahu memikirkan tentang masalah kewangan The Red Warriors.
Katanya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menyelesaikan isu ber­kenaan.
“Saya tidak boleh jawab mengenai perkara itu. Pihak pengurusan akan menjawab hal itu. Saya minta maaf,” katanya lagi.
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Khamis depan mungkin menjadi detik hitam buat bola sepak Kelantan sekiranya Kafa masih gagal menyelesaikan masalah kewangan yang amat kritikal.
Tarikh itu merupakan hari penting bagi Kafa yang me­ngadakan mesyuarat khas untuk menentukan hala tuju mereka sebelum Liga M 2017 dibuka Januari ini.
Perkara tersebut disahkan Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail selepas mengakui, pihaknya mengalami masalah kewangan yang amat serius sehingga kantung persatuan kosong untuk membiayai pasukan musim depan.
Malah, sehingga kini pihak­nya tidak mendapat sebarang tajaan dan paling mengecewakan apabila Kerajaan Pas Kelantan tidak memberi apa-apa bantuan kepada persatuan tersebut.
Badan induk bola sepak Kelantan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan kekal bersaing secara kompetitif, namun persatuan masih bergelut mencari sumber kewa­ngan selepas Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatan Presiden, awal bulan lalu.
Sebelum ini, pengurusan Kafa menawarkan kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk mengambil alih teraju kepemimpinan bagaimanapun ditolak Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/apek-setia-bersama-kelantan-1.418567#sthash.0N5RT35V.dpuf

Khamis, 10 November 2016

‘Tarik balik hasrat undur diri’

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
 
‘APEX’ (kiri) ketika ditemu bual wartawan selepas menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PENGUNDURAN Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak ‘direstui’ penjaga gol pasukan negeri itu, Khairul Fahmi Che Mat.

Ini kerana Khairul yang mesra disapa ‘Apex’ menganggap skuad The Red Warriors masih memerlukan khidmat Annuar yang dianggap sebagai ‘Bapa Bola Sepak Kelantan’ untuk memimpin pasukan gergasi Pantai Timur itu.

Menurut ‘Apex’, barisan pemain Kelantan masih memerlukan penglibatan bekas Menteri Belia dan Sukan itu kerana Annuar lebih arif untuk membangunkan bola sepak Kelantan selain membantu mereka menyelesaikan masalah gaji.

“Kita tahu beliau banyak berjasa dengan (bola sepak) Kelantan. Jadi, saya pun tidak tahu keadaan di Kelantan macam mana dan bila ini terjadi, kita sesama pemain bincang dengan pihak pe­ngurusan tetapi buat masa sekarang, saya fokus bersama skuad kebangsaan.

“Berkenaan dengan Tan Sri (Annuar), saya tidak boleh menghalang beliau tetapi saya rasa kami sa­ngat memerlukan presi­den (KAFA) seperti beliau buat masa sekarang.

“Jadi, kalau boleh, beliau tarik balik surat peletakan jawatan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan Harimau Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, Annuar mengesahkan melepaskan jawatannya sebagai Presiden KAFA dengan memberikan alasan beliau mahu fokus dengan tugasan nasional selain mahu memberikan peluang kepada individu lebih mampu demi Kelantan.

Bagaimanapun, KAFA tidak terlepas daripada kontroversi apabila persa­tuan negeri itu didakwa masih gagal menyelesaikan masalah gaji ekoran masalah kewangan.

Mengulas lanjut mengenai kemelut itu, ‘Apex’ menggesa kepada pemain-pemain Kelantan agar membuat aduan mengenai hak mereka kepada Per­satuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

“Bagi saya, pemain-pemain yang belum dapat hak masing-masing boleh rujuk dengan PFAM. Jadi, saya sebagai Exco PFAM, kepada mana-mana pemain yang belum mendapat hak mereka, datang jumpa dan kami akan mencuba apa yang patut untuk menyelesaikannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, ‘Apex’ tidak menganggap isu tu akan mengganggu fokusnya bersama skuad kebangsaan yang bakal mengharungi kempen Piala AFF Suzuki 2016 di Myanmar pada 20 November ini.

“Saya rasa sebelum ini dah banyak masalah, jadi saya rasa perkara ini kecil sahaja bagi saya. Kita cuba fokus kerja kita satu demi satu dan buat masa ini, saya fokus bersama skuad kebangsaan beraksi pada Piala AFF Suzuki. Tiada apa yang mengganggu fokus saya sekarang.

“Saya rasa pemain-pemain sudah profesional. Mereka tahu kerja masing-masing. Jadi, perkara ini tiada masalah untuk mereka fokus kerja masing-masing,” katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4PaicHZn1 Hakcipta terpelihara

Selasa, 8 November 2016

Pening pilih penjaga gol utama'

 
KHAIRUL Fahmi, Khairul Azhan dan Hafizul giat berlatih.
Petaling Jaya: Jurulatih penjaga gol negara Yong Wai Hwang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ketiga-tiga anak buahnya, Khairul Fahmi Che Mat, Khairul Azhan Khalid dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy sepanjang sesi skuad kebangsaan dalam persiapan ke Piala AFF hujung bulan ini.

Menurutnya, Khairul Fahmi, Khairul Azhan dan Hafizul Hakim sentiasa menunjukkan peningkatan dalam latihan dan mengakui beliau berasa kagum dengan petanda positif itu.

“Bagi saya ia bukan masalah (Hafizul kurang pengalaman), dia sudah membuktikan kehebatan dan mempunyai kelebihan tersendiri. Dia sebenarnya boleh membawa pasukan ke tahap yang berlainan. Prestasinya cukup memberangsangkan dan jika kita tidak memberi peluang kepadanya ia satu kerugian,” katanya semalam.


Jelasnya, ketiga-tiga penjaga gol juga mempunyai peluang terbuka untuk bertanding merebut slot penjaga gol utama menjelang saingan Piala AFF.

“Sudah tentu ia memeningkan kepala saya, tapi ia kebaikan buat kita. Mereka bertiga sangat komited dalam latihan. Setiap hari saya nampak peningkatan dan puas hati dengan pencapaian mereka,” kata Wai Hwang.

Sementara itu, jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee tidak akan memanggil pemain baru jika kecederaan yang dialami Nasir Basharuddin tidak mampu sembuh dalam tempoh seminggu.

“Nasir memang mengalami kecederaan (pangkal paha) tapi saya rasa kami tidak perlu memanggil pemain lain. Semua pemain berada di sini mampu menggalas tugas diberikan. Kami lihat dia mungkin perlu berehat selama satu atau dua minggu tapi bergantung kepada ujian imbasan esok (hari ini),” ujar Kim Swee.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 10:01 AM

Kelantan nafi Khairul Fahmi, Badhri tinggalkan pasukan

Oleh Hasbullah Ibrahim bhsukan@bh.com.my
 
KHAIRUL Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Radzi.

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan penghijrahan beberapa tonggak ke pasukan lain menjelang saingan Liga Super musim depan. Senarai beberapa tonggak yang dikatakan berhijrah ialah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat; Mohd Badhri Radzi; Daudsu Jamaludin dan Nor Farhan Muhammad ke Melaka United; Wan Zack Haikal; Muslim Ahmad serta Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ke Pahang.

Berita perpindahan pemain Kelantan itu diviralkan dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu. Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Nor berkata, berita penghijrahan itu tidak berasas malah pemain terbabit sudah diberikan tawaran kontrak baharu selepas berakhir saingan Liga Super musim ini.

"Semua pemain diberi peluang meneliti kandungan kontrak sebelum menyatakan persetujuan untuk menandatangani kontrak berkenaan mengikut tempoh tertentu yang dipersetujui. "Khidmat penjaga gol Khairul Fahmi dan pertahanan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim juga masih ada sehingga tahun 2017.

"Kontrak pemain tengah naturalisasi, Brendan Gan pula masih diteliti kerana pemain berkenaan baharu sahaja menjalani rawatan pembedahan di Australia selepas mengalami kecederaan sewaktu mewakili Malaysia dalam aksi persahabatan di Indonesia," katanya ketika dihubungi BH di sini , hari ini. Akhbar sebelum ini melaporkan hasrat Nor Farhan, Zairul Fitree Ishak dan Daudsu Jamaludin untuk terus kekal bersama Kelantan jika mendapat tawaran yang memuaskan, nyata melegakan penyokong setia.
SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210181

Rabu, 5 Oktober 2016

Gawang tanpa Apek

 
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan berani dengan mengetepikan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi Che Mat (gambar) bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura pada Jumaat ini.

Khairul Fahmi atau turut dikenali sebagai Apek antara lima pemain yang tidak berada dalam senarai 25 pemain termasuk Mathhew Davies, Ronny Harun, Mohamad Nasir Basharudin dan Ahmad Khuzaimi Piee.

Ketiadaan penjaga gol Kelantan itu memberi ruang kepada pemain Selangor Khairulazhan Khalid serta Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dari Perak yang tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa sebelum ini.

“Saya tidak membawa Khairul ke Singapura kerana ingin memberi peluang kepada dua lagi penjaga gol, sama ada Khairulazhan dan Hafizul Hakim beraksi. Khuzaimi pula akan berada dalam skuad untuk bertemu Afghanistan.

“Kelima-lima pemain ini bukan digugurkan, tapi mereka tetap akan menjalani latihan ringan dan latihan pemulihan di Wisma FAM bersama pegawai yang kita khaskan sepanjang tiga hari skuad kebangsaan berada di Singapura.

“Apabila kami kembali ke tanah air pada Sabtu ini, mereka akan bersama semula pasukan untuk sesi latihan penuh sebagai persediaan menghadapi perlawanan bertemu Afghanistan,” kata Kim Swee yang akan berlepas ke Singapura bersama anak buahnya hari ini.

Menurut pengendali berusia 45 tahun itu, Ronny ketika ini mengalami kecederaan belakang, Nasir mengadu sakit di pangkal paha manakala Davies, masalah kesihatan.

Berdasarkan senarai akhir itu, kesemua enam pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan JDT II yang hanya melaporkan diri pada Isnin lalu kekal bersama pasukan termasuk kapten Mohd Amri Yahyah.

Selepas aksi menentang Singapura di Stadium Nasional negara itu, skuad Harimau Malaysia akan kembali ke tanah air bagi menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan dengan Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 8:53 AM

Khamis, 8 September 2016

Salah semua – Khairul

MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI  |  08 September 2016 12:18 AM

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
SEPANG 7 Sept . - Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat tidak menyalahkan pemain tertentu ekoran kekalahan Harimau Malaysia kepada Indonesia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Manahan, Solo semalam.
Pemain Kelantan itu me­negaskan, bola sepak adalah permainan berpasukan dan kemenangan atau kekalahan bukan disebabkan oleh seseorang individu.
“Saya tidak salahkan hanya kepada seorang atau dua pemain sahaja kerana ini sukan berpasukan jadi semua harus bertanggungjawab di atas kekalahan ini.
“Sebagai rakan sepasukan seharusnya masing-masing saling membantu antara satu sama lain dan isu tewas disebabkan kesilapan seorang pemain tidak sepatutnya timbul,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba dari Indonesia.
Perlawanan semalam me­nyaksikan beberapa kesilapan mudah dilakukan pemain negara menjadi punca kekalahan mereka yang menyaksikan tuan rumah memperoleh tiga gol pantas dalam tempoh 22 minit pertama permainan.
Lebih dikenali sebagai Apex, penjaga gol itu berkata mereka tidak fokus pada awal permainan sehingga melakukan beberapa kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan.
Penjaga gol itu mengakui perasaan kecewa dirasai oleh semua pemain di atas kekalahan itu.
“Bagi saya kita hilang fokus pada awal permainan dan kesilapan sendiri dihukum pemain Indonesia. Kita juga tahu mereka telah lama tidak beraksi di pentas antarabangsa dan pastinya keinginan mereka untuk menang adalah tinggi, tambahan beraksi di tempat sendiri.
“Sesiapa sahaja yang menjadi ahli sukan apabila tewas pasti­nya berasa kecewa dan sedih namun kita tidak boleh meratapi kekalahan itu kerana ini adalah lumrah pertandingan. Kini apa yang diperlukan adalah belajar daripada kesilapan dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi,” ujarnya.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/salah-semua-8211-khairul-1.379759#sthash.YmPMRucq.dpuf


Rabu, 22 Jun 2016

Kembali bersama Harimau Malaysia

Aziman Rosdi-aziman@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat masih berpeluang bersama skuad Harimau Malaysia dalam baki aksi Jelajah Oceania 2016 selepas urusan pembayaran tunggakan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selesai.

Pengesahan itu dibuat Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan penjaga gol berusia 27 tahun itu tidak dapat bersama pasukan ke Brisbane, Australia pada 11 Jun lalu kerana dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).


Kerana masalah itu, Khairul Fahmi atau turut dikenali sebagai Apek tidak beraksi ketika skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tumpas 0-2 kepada Papua New Guinea di Port Moresby, Jumaat lalu kerana perlu menyelesaikan urusan pembayaran itu terlebih dulu.

“Khairul Fahmi sudah menyatakan dia akan menyelesaikan masalah berkenaan supaya dapat menyertai pasukan untuk baki perlawanan dalam siri Jelajah Oceania 2016.

“Justeru bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku pada masa akan datang, pihak persatuan ingin menasihatkan pemain supaya lebih prihatin terhadap perkara yang boleh menyebabkan mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara sehingga menimbulkan kesulitan pergerakan pasukan ke luar negara.

“Pada masa sama, pihak persatuan sendiri akan turut lebih teliti serta mengambil inisiatif untuk membantu menyemak status sekatan perjalanan ke luar negara setiap pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat dan perlawanan persahabatan di luar negara,” kata Hamidin dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Biarpun terlepas satu perlawanan, Khairul Fahmi masih dapat bersama Harimau Malaysia sekurang-kurangnya bagi aksi menentang Fiji di Nadi pada 26 Jun ini kerana aksi dengan New Caledonia di Noumea esok kemungkinan terlalu singkat buatnya.

Ketiadaan penjaga gol Kelantan itu bagaimanapun tidak memberi masalah besar buat Kim Swee yang masih mempunyai dua pemain, Izham Tarmizi Roslan dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Farhan Abu Bakar (Kedah) yang diturunkan ketika menentang Papua New Guinea.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 8:24 AM

Khamis, 31 Mac 2016

KAPS PEMAIN MALAYSIA SELEPAS MENENTANG MACAU

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

BIL
NAMA PEMAIN
UMUR
KAPS
GOL
KELAB/
NEGERI
1
Farhan Abu Bakar
23
0
0
KEDAH
14
Amirul Hisyam Awang Kechik
20
1
0
KEDAH
15
Adam Nor Azlin
20
0
0
SELANGOR
03
Brendan Gan Seng Ling
27
2
0
KELANTAN
20
Azrif Nasrulhaq
24
3
0
SELANGOR
23
Izham Tarmizi Roslan
24
3
0
JDT
10
Nazmi Faiz Mansor
21
4
1
SELANGOR
06
Yong Kuong Yong
27
4
0
TRENGGANU
12
Shahrul Saad
22
4
0
FELDA
02
Matthew Davies
21
6
0
PAHANG
05
Shahrom Kalam
30
7
0
SELANGOR
13
Nazrin Nawi
27
9
0
JDT
21
Hafiz Kamal
28
9
0
SELANGOR
19
Joseph Kalang Tie
28
9
2
TRENGGANU
18
Wan Zack Haikal Wan Nor
24
18
3
KELANTAN
11
Baddrol Bakhtiar
27
40
5
KEDAH
22
Khairul Fahmi Che Mat
26
39
0
KELANTAN
04
Fadhli Shas
25
46
0
JDT
09
Norshahrul Idlan Talaha
29
53
6
TRENGGANU
17
Amri Yahyah
34
59
9
JDT
07
Aidil Zafuan Radzak
28
67
3
JDT
16
Kunanlan Subramaniam
29
68
0
JDT
08
Safiq Rahim
28
68
15
JDT